ditulis saat emosi sedang kacau-bilau. ye, aku marah

guna mata hati
rasa dengan teliti.
apa sebab aku layan kau begitu begini?
ye, guna mata hati.
jangan cuba membuta babi.

aku tidak tukar jadi raksasa.
atau si nenek bersama racun epalnya.
aku kekal dengan diri aku.
cuma berubah watak bila hadap kamu.

aku jahat.
sebab kau jahat.
aku busuk.
sebab kau busuk.
oi, putarkan memori mu.
sebenarnya, siapa mulakan dulu?
jangan halakan telunjuk pada aku.
sedar sikit, kau nyalakan api dulu.

lain kali, hati-hati.
aku bukan boneka realiti.
yang boleh kau layan suka hati.
ingat, aku manusia punya hati.

walau kau terhantuk, sedar segalanya.
dan pintakan maaf selembut kata, tutur.
aku kira itu hanya sekadar sia-sia.
sebab ini bukan perahu boleh diundur.



friend, i totally put a blame on you.
for everything happens between me and you.
yes, you.


i kejam.
i tahu.

have you ever...?

crying alone under your own pillow
with no one is there to listen what's your sorrow
and you grieve so much as if you have faced a death
till every second you have to hold your breath
it's because you want to cry soundlessly
so thus your roommates won't know about it
it's too much agony to suffer like this
owh you wish, everyting will be ceased
tears keep rolling down your cheeks
and you cuddle your pillow even tighter
it's only because you refuse to be weak
and you want to appear as a fighter

jangan kabut

walau kau sedang lapar.

kau lari ke dewan selera.
sebab kau tahu, lauknya ayam masak kurma.
tapi, kerana kau kabut.
kau tak sedar kau dah tempah maut.

kau tarik tray dengan rakus.
dan...

PANG!

satu tray jatuh.

PANG!

satu lagi.

[terkedu]

[terhenti]

kau toleh kiri kanan.
dramatis dan perlahan.
tak ubah macam pak kaduk bangang.
tahu pun masa tu nak tercengang.

sedar-sedar ada bulatan.
banyak mata buat panahan.

"bawaaaanng!"


kan dah sebut.
jangan kabut.

kiwi

"bawang, pe tu?"
"kiwi"
"nak!"
"kiwi kasut lah"

baiklah kawan-kawan.
'kiwi' dalam konteks ayat di atas boleh diklasifikasikan sebagai 'pun'.

***

ada satu kali, borak-borak dengan kawan.
kawan perempuan secara spesifiknya.
omong kosong kata orang.

"kalau aku kawen, aku tak nak hantar baju suami aku dobi"

aku meng-owh. diam.

ye lah. aku nak kata apa lagi?
hati cuma bermonolog "aku hantar dobi kott. sibuk ah"
haha.
aku rasa, aku bakal jadik manusia sibuk.
lebih sibuk daripada umi.

kemudian aku tanya dia,

"kenapa?"
"aku nak gosok sendiri. biar dia rasa kehangatan kasih sayang aku bila dia nak pergi kerja" sambil tu dia buat gaya ala-ala manja. persis kegedikkan pun ada jugak.

aku gelak.

"romantik ah kau!"

aku terus gelakkan dia.
tah pape.
haih.
boleh tahan jugak angan-angan kawan aku tu.

seperti aku katakan tadi.
aku mungkin hantar dobi semua-semua tu.
hahahaha.
ye ye je aku nak buat kan?
entah-entah aku buat dobi sendiri.

owh.
aku rasa aku nak buat lain daripada yang lain.
mungkin gosok baju tu nampak sweet.
boleh rasa kehangatan bak kata kawan aku tu.

kalau aku pulak,
aku nak kiwi kasut suami aku.
amacam?
sambil-sambil kiwi tu, doa-doa la pada kasut tu.
moga dia pergi ke tempat yang sepatutnya.
bukan ke tempat maksiat.
moga setiap langkahnya itu, mendapat pahala.

haaa...baru nampak cool. kan?

***

tadi aku kiwi kasut.
aku berani cakap.
floor aku, takde sorang pun budak perempuan yang ada kiwi kasut, termasuk aku.
memang haru hidup. sebab setiap kali aku basuh kasut, aku nak kiwi. baru nampak hitam sikit kasut tu. takdelah pudar semacam.

nasib baik ada iqmal. eh silap. nizar. eh bukan. alan.

kiwi dia yang aku guna.
nizar tolong pinjamkan.

"kau pandai kiwi kasut ke?"
"pandai lah"
"pe kata...kau kasi aku kasut kau tu. nanti aku kiwikan"
"eh, takyah la"
"kau kasi kasut dengan esei socio"
"ohoho. takyah. lagipun, esei socio aku ada dekat dorang la"
"kau reti ke?"
"reti lah. lagipun, aku selalu je kiwi kasut dengan ayah aku"

alasan semata.
selalu ke aku kiwi kasut dengan abah?
taaaak.

heh, apa dia ingat budak perempuan tak reti guna kiwi ke?
owh, silap lagi.
mungkin dia tengok ramai budak perempuan kolej pakai kasut yang fancy-fancy.
aku tak.
bab fesyen memang aku ketinggalan banyak.
style aku tipikal habis.
pakai kasut cikai macam bata b-first tu je.
kalau nak up sikit, pakai kasut baldu tu.
nak up lagi, AD sudeyh...

kasut baldu.
a.k.a "kasut budak nakal".
kasut tu pernah berhabuk debu.
abah ternampak.
tu yang dia labelkan "kasut budak nakal".
time tu aku malas gile nak jaga kasut.
dah le baldu. habuk senang melekat.
heee.

aih.
rindu pulak zaman kanak-kanak.
zaman pakai kasut hitam pengawas.
zaman pakai kasut hitam kain khakis.
zaman aku selalu bangga depan abah,

"in selalu kiwi kasut in"

atau

"in tak sempat nak kiwi kasut kali ni"

hahaha.
kanak-kanak.
cukup innocent.

cukup.

semalam

aku tidur tanpa bantal busuk.
kepala katil diletakkan kaki.
hujung katil satu lagi, kepala ini.
selimut langsung tidak dibuka lipatan.
kebal sungguh aku malam semalam.
walhal, hujan merintik atas bumi.

dulu.
tanpa bantal busuk, aku tak lelap tidur.
aku berkalih tanpa arah.
ke kiri ke kanan.
mata terus tancap ke siling.
kemudian terbayang macam-macam sampai pening.
bulu roma mula naik.
seram toksah kira.
nafas turun naik dalam dada.

"umi, in tak boleh tidur"
"kenapa?"
"tak biasa"

memang la tak biasa.
suasana baru.
katil buruk.
tak ada bantal busuk.

"umi bawak bantal ni. nanti boleh la tu tidur"

aku sengih.
beberapa hari, aku khabarkan umi,

"in dah boleh tidur"
"haa..boleh pun"
"sebab ada bantal tu kott"

form one.
muda sangat kalau difikirkan.
kecik-kecik dah kena tidur berjauhan.
lucunya zaman hingusan.

sekarang.
masih ada bantal busuk.
hahaha.
katon.

"banyaknya bantal. orang lain bawak satu je pergi kolej"
"takpelah. nanti in tak boleh tidur pulak"

umi diam. tanda setuju la tu.
amar pernah bilang,

"orang banyak bantal ni, bukan ke tandanya penakut?"

ek eleh.


semalam.
heh, pertama kali.
aku tak peluk bantal busuk.
rasa seram sikit pun tak menusuk.
tapi, untuk hari ni.
aku nak peluk bantal busuk ini.

mungkin ini puisi bahasa ibunda pertama aku

aku tulis dan tulis.
kemudian, aku taktau nak kategorikan ia sebagai apa.
dah lama tersimpan dalam folder laptop.
baru hari ni aku nak paparkan.

***

sanji si anak kapal

aku tepuk bahu dia.
moga-moga, dia serap saki-baki semangat aku.
dia pandang aku.
pandangan yang mintakan lebih dari itu.

+ "sabar lah"

dia diam.
mungkin sengaja biarkan kesunyian jawab kata aku yang timbul tenggelam.

+ "aku pernah rasa"

- "aku tak sangka"

aku senyum plastik.

aku tepuk bahu dia. lagi.
perlahan tapi terkesan.
dia tunduk. setitis jatuh ke tanah kapal.
sejantan mana pun dia, kalah dia akhirnya.
kalah pada cinta yang sudah tiada.
cinta manusia keparat durjana.

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

+ "kau bukan satu, sanji. aku ada"

dia diam. lagi.
dia kesat air mata sekati.
mungkin sengaja biarkan lagak itu jawab kata aku tadi.

+ "sanji, kita ni anak kapal"

- "jadik?"

+ "kita dalam bot yang sama"

***

baiklah. mau kembali ke bantal.

moga tidak berjangkit

hingga ke alam dewasa kelak.

***

duapuluhtiga, bersamaan hari segala penghulu hari. aku pulang sebentar. kata mereka,

sakit-rumah

ah, pergi mampos terma itu semua. pokoknya, aku rindu pada yang hak. rindukan umi, abah dan rumah. rasa itu membuak-buak bila mata mengadap angka dan otak mencongak formula. hingga aku bersuara dalam bilik kuliah

"teacher, saya homesick lah"

yang alim tersengih. barangkali mengejek pada aku yang tampak seperti anak kecil.

"kawan in tak datang dalam bulan ni. maybe datang masa kitorang cuti panjang nanti"
"bila in cuti?" umi tanya.

jalan melaka masih kekal sibuk.
manusia.
selagi hidup, selagi itu sibuk.
macam aku.

"duapuluhempat sebelas in balik. duapuluhlima tu start cuti la"
"owh...tak boleh"

aku cepat toleh kepala.

"kenapa?"
"umi takde. umi pergi...eh, awak tak baca ke blog umi?"
"tak. tak sempat, umi. in sibuk"

skema jawapan yang gemar aku pakaikan.
alasan pada hakikatnya.
tapi ada benar runut bunyi jawapan itu.

aih.

bulan yang lalu juga, masih lagi aku katakan;

"in sibuk. tak sempat nak online, umi"

dosa buat alasan begitu.
itu baru di peringkat pre-u.
andai aku menganjak ke masa hadapan sedikit,
aku berani katakan; aku punya potensi berikan jawapan ala-ala begitu sekali lagi.

"in sibuk"


"in sibuk"


"in sibuk"

sampai bila nak sibuk?
sampai mata tertutup kubur menanti?
sampai aku menyesal kemudian hari?

sekarang, umi tak berkecil hati lagi.
akan datang?
jiwa orang tua sensitif tau.

***

mohon aku cuma satu.
aku mampu curi masa kualiti.
dengan umi. abah.
dan juga

"moga tidak berjangkit hingga ke alam dewasa kelak"

aku tak berniat nak buat drama tipikal melayu di alam realiti. aku tak larat ok.